Sejarah Singapura Sang Nila Utama ialah seorang putera dari keturunan
diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Singapura lama pada tahun
1324. Baginda ialah anak kepada pasangan Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja
Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak
kepada Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).
Salasilah keturunan Parameswara keatas.
Isi kandungan
1 Asal usul
2 Menubuhkan Singapura lama
3 Warisan
4 Lihat juga
5 Rujukan
Asal usul
Menurut Sejarah, Sri Nila Pahlawan dari keturunan Raja muncul di Bukit
Siguntang Mahameru bersama dua saudaranya, Sri Nila Utama dan Sri
Krishna Pandita.
Pada masa itu, Palembang diperintah oleh seorang
Raja bernama Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja
besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda
pun terus ke sana untuk bersemuka dan mengambil berkat kebesaran anak
raja itu. Nila Pahlawan kemudiannya berkahwin dengan anak kepada Demang
Lebar Daun dan Tuan Telanai bernama Wan Sendari. Baginda kemudiannya
mengambil alih takhta Palembang dari Demang Lebar Daun selepas satu
sumpah setia. Baginda memakai gelaran "Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka
Sri Trimurti Tri Buana" (Sang Sapurba).
Sri Nila Pahlawan
dikurniakan 5 orang anak iaitu Sang Maniaka, Sang Nila Utama, Puteri
Chandra Dewi, Puteri Sri Dewi dan Puteri Mengindra Dewi.
Selepas
serangan hebat tentera Majapahit pada kurun ke-13, baginda dan keluarga
diraja yang lain berpindah ke Bintan dan baginda mangkat di sana.
Baginda digantikan putera keduanya, Sang Nila Utama yang memakai gelaran
"Sri Maharaja Sang Utama Parameswara, Batara Sri Tri Buana".
Menubuhkan Singapura lama[sunting | sunting sumber]
Ketika pergi memburu di sebuah pulau, Sang Nila Utama ternampak seekor
rusa dan mengejarnya sehingga baginda sampai ke sebuah batu besar.
Baginda membuat keputusan memanjat batu tersebut hingga ke puncaknya
lalu ternampak sebuah pulau lain dengan pantai yang putih dan cantik.
Baginda diberitahu oleh salah seorang menterinya yang pulau itu ialah
Temasek. Baginda membuat keputusan untuk melawat pulau tersebut namun
dalam pelayaran ke sana kapal baginda dipukul ribut yang kuat dan
dimasuki air.
Untuk mengelakkan kapal itu dari karam, pengiring
baginda membuang semua barangan berat ke dalam laut untuk meringankan
kapal. Bagaimanpun, kapal itu masih dimasuki air dan karam sedikit demi
sedikit. Atas nasihat nakhoda kapal, baginda membuang mahkota kerajaan
yang berat ke dalam laut, serta merta ribut berhenti dan mereka selamat
sampai ke Temasek.
Baginda mendarat di muara sungai Singapura
sekarang dan terus menuju ke hutan untuk memburu haiwan liar. Tiba-tiba
baginda ternampak binatang pelik yang berbadan merah, berkepala hitam
dan berdada putih. Binatang itu kelihatan sangat cantik dan bergerak
dengan pantas hilang ke dalam hutan.
Baginda bertanyakan tentang
binatang itu kepada Bendahara lalu diberitahu yang ia seekor singa.
Bagaimanapun, kajian terbaru di Singapura menunjukkan singa tidak pernah
hidup di situ, apa yang mungkin ternampak oleh Sang Nila Utama ialah
seekor harimau malaya.[1][2]
Merasakan ini adalah petunjuk yang
baik, baginda memutuskan untuk membina sebuah kota baru di Temasek dan
menamakannya "Singapura". "Singa" bersempena nama binatang yang dijumpai
baginda dan "pura", satu perkataan sanskrit bermaksud "kota" atau
"bandar". Jadi "Singapura" bermaksud kota singa atau bandar singa.
Sang Nila Utama terus memerintah Singapura selama 48 tahun dan mangkat
pada tahun 1372 dan dimakamkan di Bukit Larangan (hari ini Fort Canning
Hill).
Warisan[sunting | sunting sumber]
Sang Nila Utama
telah berkahwin dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu
Raden Ratna Cendera Puri, yang juga merupakan ibu saudara Sang Nila
Utama dari sebelah ibunya (adik-beradik Wan Sendari)[3]. Hasil
perkahwinan dikurniakan seorang putera bernama Paduka Sri Pekerma Wira
Diraja (1372 – 1386).
Selepas kemangkatan baginda Sang Nila
Utama, 3 lagi Raja memerintah Singapura bermula dari anakdanya iaitu
Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), cucunya Paduka Seri Rana
Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir cicitnya Paduka Sri Maharaja
Parameswara (1399 - 1401).
Pada tahun 1401, cicit baginda iaitu
Paduka Sri Maharaja Parameswara diusir dari Singapura selepas Majapahit
berjaya menawan Singapura. Baginda kemudiannya melarikan diri ke utara
dan menubuhkan kerajaan Melaka pada tahun 1402.
Sang Nila Utama
ialah anak kepada Sri Nila Pahlawan (Sang Sapurba) yang diceritakan
dalam Sejarah Melayu sebagai nenek moyang legenda Raja-raja Melayu. Dari
keturunan baginda, wujud dinasti-dinasti kerajaan di alam Melayu
seperti Melaka, Johor dan Perak. Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin
Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (2014 - sekarang)
ialah keturunan langsung dari Sultan Perak pertama, Sultan Muzaffar Shah
I (1528 - 1549), iaitu salah seorang putera Sultan Mahmud Shah
(1488–1528), Sultan Melaka terakhir
Tidak ada komentar:
Posting Komentar