Legenda Wan Empuk dan Wan Malini (Balai Rong Berpusing di Bukit Siguntang)
dikutip dari :
Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear.
Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.
Padinya berbuahkan emas.
Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik,
kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.
Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.
Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.
Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.
Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.
Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.
Kisah ini menarik karena berhubungan dengan "Sang Sapurba" atau Sri Nila Pahlawan seorang tokoh utama dalam Sejarah Melayu dari referensi "Malay Annals" ...
http://en.wikipedia.org/wiki/Sang_Sapurba
http://en.wikipedia.org/wiki/Malay_Annals
tambahan info :
Ada 3 bukit di Sumatera yg bernama Bukit siguntang. Pertama Bukit Siguntang palembang yg tingginya 22 mter yg byk terdpt makam para sultan2 Palembang masa abad 17-20 masehi. Ditemukan pula sebuah candi kecil yg diduga dibangun abad 11-12 masehi. Yg kedua Bukit siguntang di Sarolangun-jambi letaknya antara Jambi-palembang tinggi 70-100 mtr. Terdapat makam kuno pra islam dan situs megalitik. Ketiga, bukit seguntang-guntang Di Sumay, Tebo-Jambi. Bukit ini tingginya 200-250 meter banyak terdapat makam tua pra islam, dan daerah sekitar bukit byk ditemukan candi2 tua abad 7-12 masehi. Sudah ada diekskavasi 4 buah. Yg 12 buah lagi belum digali. Byk ditemukan keramik abad 2-6 masehi, masa dinasti han dan dinasti tang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar